fbpx

Tahanan paling lama di dunia dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Nael Barghouti (kanan). - Foto AFP

BAITULMUQADDIS –  Selepas 44 tahun berada di penjara Israel, tahanan politik paling lama di  dunia, Nael Barghouti akhirnya dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang berkuatkuasa di Gaza pada 19 Januari lalu, lapor portal berita Middle East Monitor. 

Dia dibebaskan pada Khamis lepas. Pembebasan Barghouti menandakan detik penting dalam sejarah Palestin kerana melambangkan ketabahan dan semangat perjuangan mereka.

Barghouti pertama kali ditangkap pada 1978 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Sebagai anggota pergerakan Fatah di bawah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Barghouti dibebaskan pada 2011 di bawah perjanjian pertukaran tahanan.

Namun, kebebasannya tidak lama apabila dia ditangkap semula dan dijatuhi hukuman penjara 30 bulan.

Hukuman jel terhadap Barghouti kemudian ditambah kepada 18 tahun selepas Israel menggunakan  ‘fail rahsia’ sebagai alasan untuk dia dipenjarakan semula. 

Barghouti kini memegang Rekod Dunia Guinness sebagai tahanan politik paling lama.

Israel menyerang Hamas di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023 sehingga mengakibatkan lebih 48,000 penduduk Palestin maut dan lebih 100,000 yang lain cedera sebelum perang selama 15 bulan itu berakhir pada Januari lalu. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI