fbpx

Zelensky, Trump bertikam lidah di White House

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUMP (kanan) menerima kunjungan Zelensky di White House, Washington semalam. - Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky enggan meminta maaf susulan perbalahan luar biasa beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House semalam.

“Saya fikir kita perlu bersikap sangat terbuka dan sangat jujur.

“Saya tidak pasti kami (pentadbiran Ukraine) melakukan sesuatu yang buruk,” kata Zelensky apabila ditanya pengacara saluran berita Fox News, Brett Baier tentang permohonan maaf kepada Trump.

Trump secara terbuka menempelak Zelensky kerana tidak berterima kasih dan menuduh pemimpin Ukraine itu  tidak bersedia untuk mencapai keamanan serta tidak menghormati negara Amerika Syarikat di  White House.

Pertemuan mereka bertukar menjadi ‘perlawanan jerit’ di pejabat rasmi Presiden AS, Oval Office dalam White House.

Semasa pertemuan itu, Trump mengecam Zelensky,  manakala Naib Presiden AS, JD Vance sangsi beliau menyuarakan ucapan terima kasih yang cukup di atas sokongan Washington kepada Kyiv. –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI