fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah dan tiada hujan hampir seluruh Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi YouTube melaporkan, bagaimanapun cuaca mendung dan hujan renyai dilaporkan di beberapa kawasan pada masa ini.

“Ia melibatkan Kelantan, Terengganu, timur Pahang dan daerah Mersing, Johor dalam tempoh agak pendek dan boleh berlanjutan hingga tengah hari,” menurut MetMalaysia hari ini.

Di Sarawak pula dilaporkan hujan melibatkan Kuching, bahagian pantai Sarikei serta Mukah yang akan beransur reda.

“Di Sabah, hujan juga sedang memasuki Kudat dan Sandakan serta terus memasuki daratan hingga lewat pagi nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI