fbpx

Peniaga Pengkalan Kubor kini jual online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR ANIZAN terpaksa mengubah strategi jualan dengan memasarkan secara online selepas orang ramai tidak lagi berkunjung ke Pengkalan Kubor ketika PKP.

TUMPAT – Peniaga makanan di zon bebas cukai Pengkalan Kubor terpaksa mengubah strategi dengan membuat jualan secara online selepas kawasan yang terkenal sebagai lokasi membeli-belah itu kini lenggang.

Tinjauan Kosmo! di zon bebas cukai Pengkalan Kubor di sini mendapati lokasi itu sunyi tanpa pengunjung selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Januari lalu.

Seorang peniaga makanan ringan, Nor Anizan Sulaiman, 33, berkata, sejak PKP dikuatkuasakan, hasil jualan di gerainya menjunam teruk sekali gus menjejaskan periuk nasi keluarganya.

“Mahu atau tidak saya perlu meneruskan operasi. Barangan jualan seperti kekacang, biji gajus goreng dan ikan bilis goreng memakan modal yang agak besar selain tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama.

“Jika tidak, semua barangan jualan akan rosak sehingga menyebabkan lebih banyak kerugian terpaksa ditanggung,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Nor Anizan memberitahu, sebagai langkah alternatif, dia terpaksa mengubah strategi pemasaran dengan membuat jualan secara online bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, meskipun hasil jualan secara online tidak serancak sebelum PKP 2.0, namun dia tetap bersyukur kerana rezeki masih berpihak kepadanya.

Ujarnya lagi, kedatangan para pelanggan ke zon bebas cukai itu boleh dibilang dengan jari sejak 16 Januari lalu.

“Saya berharap agar Covid-19 yang melanda negara kita ini segera pulih kerana kesannya amat mendalam buat seluruh rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI