fbpx

Amirudin pertahankan jawatan Naib Presiden PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika berucap pada majlis tersebut malam ini. FOTO: SYAKIR RADIN/KOSMO!

SHAH ALAM – Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan tidak akan merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu.

Amirudin yang merupakan Menteri Besar Selangor sebaliknya berkata, akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR yang disandangkan ketika ini.

“Jadi, jelas, Insya-Allah demi memikirkan itu. Saya yakin bahawa Perdana Menteri harus dapat sokongan penuh daripada Datuk Seri Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden.

“Dan saya terus berdiri selaku Naib Presiden dan rakan-rakan pimpinan Angkatan Muda dan Wanita kerana apa kita kena jadi satu suara yang kuat dan padu untuk maju ke depan untuk tangani dan pastikan Anwar menjadi Perdana Menteri bagi penggal kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Keadilan Selangor, malam ini.

Media semalam melaporkan Amirudin dilapor akan mengumumkan hari ini sama ada mempertahan kedudukan sebagai Naib Presiden atau bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor menegaskan kekal dengan parti itu meskipun pernah dikaitkan dengan isu lompat parti sejak 2007 lagi.

“Saya difitnah hendak keluar parti sejak Ezam Mohd Noor keluar parti pada tahun 2007. Masa zaman Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim pun sama cerita, apatah lagi ketika Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI