fbpx

Rangka manusia ditemui dalam trak pikap terbakar dekat kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN trak pikap yang terbakar ketika ditemui di kawasan tanah perkuburan di Batu 3, Jalan Yong Peng, Ayer Hitam, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT – Rangka manusia tanpa identiti yang hangus terbakar ditemui di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) di kawasan tanah perkuburan di Batu 3, Jalan Yong Peng, Ayer Hitam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1 tengah hari.

Katanya, kejadian itu disedari seorang penggali kubur berusia 45 tahun.

“Siasatan awal mendapati mendapati kenderaan tersebut telah terbakar sepenuhnya dan di dalamnya terdapat satu rangka dipercayai manusia yang turut terbakar sepenuhnya.

“Mayat terbakar itu dipercayai seorang lelaki yang berusia sekitar 60 tahun,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Pakar Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kluang bersama pihak polis telah melawat semula lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat mendapati mayat telah terbakar 100 peratus dengan punca kematian disebabkan oleh ‘severe burn – charred body’,”katanya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI