fbpx

KRM wujud tiga akaun kekang ketirisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR Amri (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Iqbal pada majlis menandatangani MoA antara KRM dan KJ hari ini.

KUALA LUMPUR – Dalam usaha mengekang berlaku ketirisan kewangan daripada jumlah penajaan yang diterima, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat keputusan untuk mewujudkan tiga akaun bank berasingan.

Presiden KRM, Amir Amri Mohamad berkata, langkah yang dibuat itu adalah bagi membuktikan bahawa pihak pengurusan komited dengan amanah yang diberikan tanpa ada berlaku sebarang penyelewengan.

“Selepas ini, kita akan cuba memastikan ketirisan ini tidak berlaku lagi dan kita sudah membuka tiga akaun bank yang berbeza melibatkan pasukan Bunga Raya 15s, 7s dan admin melibatkan pengurusan kelab.

“Perkara ini adalah supaya lebih telus dari segi penajaan selain mengetahui duit itu dimasukkan untuk pasukan 15s atau 7s,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KRM dan Kaki Jersi (KJ), di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Presiden KRM, Mohd. Azmir Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif KJ, Nik Mohd. Iqbal Nik Ibrahim.

Sementara itu, Amir Amri turut menjelaskan, skuad Bunga Raya 15s kini sedang melakukan persiapan bagi menghadapi aksi playoff Kejohanan Ragbi Asia (ARC) menentang Sri Lanka 19 April depan.

Sekiranya menang pada pertemuan itu, Malaysia akan terus kekal beraksi dalam saingan ARC Divisyen Premier bagi saingan musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI