fbpx

Hospital Picaso jadi hab latihan pembedahan robotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chit Sin (dua dari kiri) memberikan cenderahati kepada Pengurus Device Technologies di Malaysia, Joe Yew pada majlis menandatangani MoU di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

PETALING JAYA – Hospital Picaso dan syarikat Device Technologies hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menubuhkan hab latihan khusus bagi menyediakan pakar dalam prosedur pembedahan robotik.

Konsultan Urulogi Hospital Picaso, Datuk Dr. Loh Chit Sin berkata, melalui MoU tersebut, Hospital Picaso boleh melatih pakar bedah dari dalam dan luar negara menggunakan teknologi robotik.

“Sebagai contoh, ada hospital lain mahu membeli atau merancang untuk membeli robot. Mereka bawa pesakit mereka ke sini (Hospital Picaso) dan gunakan robot di sini. Kami akan lihat (latih) dari mula hingga akhir, sehingga mereka mampu melakukannya sendiri.

“Mungkin juga ada hospital di luar negara merancang menggunakan robot dan mahu melihat bagaimana ia dilakukan… Mereka boleh datang ke sini,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Menandatangani MoU antara Hospital Picaso dan Device Technologies di sini.

Sementara itu, Hospital Picaso dan Device Technologies dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama berkata, MoU itu antara lain bertujuan memacu penggunaan pembedahan robotic, sekali gus meningkatkan kemahiran yang dimiliki oleh pakar bedah di Malaysia.

Katanya, MoU itu juga bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam pembedahan berasaskan ketepatan dan inovasi perubatan, dan disasarkan bakal mengembangkan lagi  penggunaan teknologi pembedahan robotik, serta meningkatkan ketepatan pembedahan dan hasil rawatan pesakit.

Menjawab soalan pemberita, Chit Sin berkata, tidak semua pembedahan perlu menggunakan teknologi robotik, berdasarkan faktor kos.

Jelas beliau, pakar bedah perlu membuat penilaian sama ada pesakit memerlukan pembedahan robotik yang membolehkan pembedahan dilakukan dengan lebih baik dan tepat, supaya pesakit sembuh dengan lebih cepat dan mengurangkan kehilangan darah.

“Anda perlu membuat pilihan kerana masih banyak pembedahan yang tidak perlu menggunakan robot, tetapi ada pembedahan yang sangat sukar dan tanpa robot ia hampir mustahil dilakukan.

“Saya akan mengatakan bukan sahaja abdomen, tetapi bagi setiap pembedahan dalam abdomen, hampir semuanya boleh menggunakan robot, namun saya masih akan menggunakannya secara bijaksana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI