fbpx

CIMB Group rekod untung bersih RM7.73 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Novan (kiri) selepas mengumumkan prestasi kewangan CIMB di Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) merekodkan prestasi kewangan kukuh dengan keuntungan bersih RM7.73 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, 10.7 peratus lebih tinggi berbanding RM6.98 bilion pada 2023.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat sembilan peratus kepada RM10.40 bilion, yang diterjemahkan kepada pendapatan sesaham (EPS) sebanyak 72.3 sen.

Keputusan tersebut membawa kepada peningkatan signifikan dalam pulangan ke atas purata ekuiti (ROE) kepada 11.2 peratus, meningkat sebanyak 50 mata asas berbanding 2023.

Pendapatan operasi pula meningkat sebanyak 6.1 peratus kepada RM22.30 bilion, disumbang oleh pertumbuhan dalam pendapatan faedah bersih (NII) dan pendapatan bukan faedah (NOII).

CIMB Group mencadangkan dividen interim kedua sebanyak 20 sen sesaham, yang membawa kepada jumlah dividen tahunan sebanyak 47 sen sesaham, melibatkan rekod pembayaran RM5.04 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, keputusan tersebut mencerminkan kejayaan pelan strategik Forward23+, hasil pembentukan semula portfolio, kecekapan dan ketahanan, serta peningkatan kualiti aset.

“Fokus kami untuk menjadi bank ASEAN yang terkemuka terbukti memberi manfaat, membantu kami mengutamakan pelanggan.

“Melangkah ke 2025, kumpulan akan tetap berhati-hati dalam pandangan kami dan berwaspada dalam mengharungi ketidakpastian luaran dan geopolitik.

“Walaupun berdepan cabaran berterusan, kami menjangkakan daya tahan merentasi seluruh pasaran ASEAN di mana kami beroperasi, dan mengharapkan prestasi kewangan teras akan terus berada pada trajektori positif, selari dengan keutamaan pada keuntungan tanpa menjejaskan pelaburan dan ketahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI