WASHINGTON – Harga telur berada pada paras tertinggi dan pengguna dijangka menerima kesan yang lebih buruk di Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita The Hill semalam.
Menurut unjuran Jabatan Pertanian Amerika (USDA), harga telur akan meningkat 41 peratus pada 2025.
Ini berikutan wabak selesema burung yang meluas terus memusnahkan ternakan ayam telur.
Ramalan terbaharu itu adalah lebih dua kali ganda lonjakan 20 peratus harga telur yang diunjurkan USDA sebulan sebelumnya.
Unjuran terkini itu berdasarkan fakta kira-kira 18.8 juta telur komersial terjejas oleh Influenza Burung Sangat Patogenik (HPAI) pada Januari lalu,
Ia adalah jumlah bulanan tertinggi sejak wabak itu bermula pada 2022, kata USDA.
Bulan lalu, harga purata sedozen telur mencecah AS$4.95 (RM22), meningkat daripada AS$2.52 (RM11), setahun sebelumnya.
Sementara itu, di sesetengah tempat, harga sekotak telur mencapai AS$10 (RM44) atau lebih tinggi. – AGENSI