fbpx

Lima penyanyi terkenal bertaraf ‘sifu’ vokal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA penyanyi tanah air yang bukan sahaja berjaya mengukir nama sebagai penyanyi, bahkan turut menabur bakti sebagai jurulatif vokal bertauliah.

VOKAL yang baik merupakan aset penting untuk bergelar penyanyi. Kekuatan vokal penyanyi mampu meletakkan kerjaya mereka ke aras lebih tinggi dan disegani ramai.

Di Malaysia terdapat ramai guru vokal hebat tetapi tidak semuanya bergelar penyanyi. Antara guru vokal yang dikenali ramai ialah Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafizawati Sharif. Kedua-dua mereka pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Fantasia satu ketika dahulu. Namun, kedua-duanya bukan penyanyi.

Dalam kalangan penyanyi di Malaysia, ada beberapa yang bergerak aktif sebagai guru vokal. Malah, ada juga yang mempunyai latar belakang hebat dalam bidang muzik dan vokal sehingga ke peringkat antarabangsa.  HibGlam senaraikan lima penyanyi yang mempunyai rekod yang baik sebagai guru vokal.

Datuk Syafinaz Selamat

Siapa tidak kenal dengan penyanyi bersuara soprano ini. Selain hebat dalam arena muzik, Syafinaz juga merupakan guru vokal yang disegani ramai. Malah ramai penyanyi hebat tanah air menggunakan khidmatnya sebagai guru vokal antaranya Misha Omar, Hael Husaini dan Siti Nordiana.
Disebabkan pengalaman yang luas, Syafinaz sering terpilih menjadi juri dan pengkritik program nyanyian popular di Malaysia antaranya Akademi Fantasia, One In A Million dan Gegar Vaganza.
Tidak hanya itu, Syafinaz juga diberi kepercayaan membimbing pasukan Koir Kebangsaan Malaysia dan Kumpulan Genius Seni Koir.

Mark Adam

Penyanyi kelahiran Filipina ini sudah lama berkecimpung dalam bidang seni malah aktif sebagai tenaga pengajar muzik serta vokal. Mark turut menubuhkan akademi muzik yang diberi nama Akademi Suara di Damansara. Menurut Mark, selepas lebih 10 tahun bergelar guru vokal, sudah tiba masa untuk dia membuka akademi sendiri. Antara penyanyi yang pernah menjadi pelajarnya ialah Aiman Tino.

Ernie Zakri

Penyanyi popular ini mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang muzik yang bukan calang-calang. Ernie merupakan pemegang ijazah jurusan muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya. Tiga kali meraih anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu sudah cukup untuk membuktikan betapa hebatnya Ernie Zakri dalam arena seni suara. Antara penyanyi yang pernah mendapatkan khidmatnya ialah Allahyarham Siti Sarah dan Siti Nordiana.

Juliza Adzlizan

Penyanyi dan pelakon popular era 80-an ini pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang vokal di Amerika Syarikat. Berbekalkan ilmu yang ada, Juliza telah membantu ramai penyanyi tanah air menguasai teknik nyanyian yang betul. Antara penyanyi yang pernah menjadi anak didiknya ialah Puan Seri Tiara Jacquelina, Camelia, Hafiz Suip, Akim Ahmad dan Aril. Juliza juga telah dilantik sebagai guru vokal peserta Bintang RTM 2024.

Hazami

MILIKI suara yang lembut dan mendayu tatkala mengalunkan lagu-lagu balada, pasti ramai tidak menyangka Hazami sebenarnya aktif sebagai guru vokal. Kehebatan Hazami sebagai seorang penyanyi tidak perlu dipertikaikan malah dia pernah dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-20 menerusi lagu Kata.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI