fbpx

‘Jangan tipu, fitnah cadangan RUU Akta Pembaharuan Semula Bandar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap kepada media selepas Majlis Peletakan Logo Singgah MADANI Restoran Nasi Kandar Ali Maju Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan kebebasan bersuara untuk menipu atau menyebar fitnah membabitkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar.

Perdana Menteri berkata, ini kerana RUU berkenaan bertujuan melaksanakan pembangunan semula dan membantu penghuni yang majoritinya miskin.

“Isu biarlah munasabah, ini isu pembangunan bandar, pemulihan bandar. Kita nak tolong penghuni-penghuni yang miskin majoritinya Melayu, jadi kawasan itu kita hendak bangunkan semula, yang dia nak bantah sebab apa?

“Ini hak Melayu, sejak bila kamu perjuangkan? Bila kamu perintah dahulu tak ada pun usaha untuk membangunkan kawasan orang miskin, flat-flat lama termasuk orang Melayu di bandar, kita nak usahakan.

“Sebab itu saya mahu bagi ingatan jangan guna kebebasan ini untuk menipu dan memfitnah apa lagi atas nama Islam dan Melayu. Kita nak bangunkan orang Melayu, kamu hanya dengki dan hasad,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo Program Singgah Madani dan makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar Liga Maju di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat bersama warga dan pelajar sekolah di Masjid Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Presint 1.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan akan menggunakan RUU itu untuk melaksanakan pembangunan semula tanpa mengenepikan atau menyisihkan sesiapa.

“(Mereka) tidak pernah pergi saya ingat belah-belah Kampung Kerinchi, Flat Sri Perlis dan sebagainya. Itu terlalu daif (keadaan) dan saya tidak mahu umpamanya dan seluruh pembangunan sekarang kita ketepikan atau sisihkan kedudukan orang miskin. Tanggungjawab kita gunakan undang-undang ini untuk ‘push’ laksanakan pembangunan semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI