fbpx

Serbuk ekstasi, syabu RM2.58 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang transporter yang juga penjaga stor penyimpanan dadah dan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM2.58 juta dalam serbuan sekitar daerah ini, dua minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, dalam serbuan pukul 4.30 pagi itu, polis menahan suspek 39 tahun di tepi Jalan Dato’ Abdullah Tahir di sini, 16 Februari lalu.

Beliau berkata, polis turut membuat pemeriksaan ke atas kereta milik suspek dan menjumpai sejumlah dadah sebelum serbuan susulan dilakukan di dua unit premis dekat dua kondominium sekitar daerah ini.

Katanya, modus operandi digunakan suspek adalah menjadikan kondominium berpagar dan berpengawal untuk menyimpan dan membungkus semula dadah.

“Suspek dipercayai tinggal di tempat lain dan menjadikan premis lain sebagai stor yang mana semua premis ini disewa bukan atas nama suspek.

“Dalam semua serbuan ini, kita merampas 15,450 gram disyaki serbuk ekstasi dan 55 gram disyaki syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM2.58 juta yang mana sekiranya terlepas ke pasaran, ia boleh digunakan oleh 51,777 penagih,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, turut merampas pelbagai peralatan memproses dan membungkus dadah selain menyita sebuah kereta dan wang tunai RM220.

Tambahnya, polis sedang mengesan seorang lelaki bernama Tan Hua Chiek, 34, yang beralamat di Kuching, Sarawak, bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI