fbpx

Doa ibu mahu jumpa, bercakap dengan Hud Aryan dalam mimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nor Hafifi membawa jenazah Hud Aryan ke kubur semasa pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga, Tanah Merah awal pagi semalam. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

TANAH MERAH – Ibu kepada Hud Aryan Mohd. Nur Hafifi yang dijumpai lemas di celahan pokok di Sungai Kerilla di sini selepas hilang selama hampir 70 jam berdoa agar dapat bercakap anaknya itu dalam mimpi.

Bapa kepada Hud Aryan, Mohd. Nor Hafifi Saidi, 34, berkata, isteri, Azean Nur Atikah Ramley, 34, setiap masa berdoa agar anak tunggal mereka yang berusia setahun tujuh bulan itu muncul dan berjumpa dengannya walaupun di dalam tidur.

Menurutnya, bagaimanapun, isterinya masih belum dapat tidur dengan nyenyak selepas lima hari kehilangan Hud Aryan.

“Dia sentiasa berdoa dan berharap Hud Aryan hadir dalam mimpi buat seketika. Isteri hanya mahu menatap wajah Hud Aryan dan hanya itu sahaja yang boleh menenangkan jiwanya.

“Kami berdua masih terkesan dengan kehilangan Hud Aryan. Arwah masih belum bercakap malah tidak fasih memanggil abi dan mama lagi kepada kami. Mungkin di dalam mimpi, arwah dapat bercakap dengan ibunya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Nor Hafifi memberitahu, meskipun Hud Aryan masih belum boleh bercakap, arwah akan menunggunya di pintu rumah setiap kali dia pulang daripada bekerja.

Katanya, dia yang mencari rezeki di sebuah kedai tayar di Kampung Bukit Gading di sini masih belum dapat keluar bekerja kerana isterinya tidak boleh tinggal bersendirian tanpa teman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI