fbpx

GP Thailand: Honda yakin RC213V lebih kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR mengakui jentera Honda ketika ini menunjukkan peningkatan positif berbanding musim lalu. - AFP

BURIRAM – Pelumba MotoGP, Joan Mir optimis bahawa Honda mampu mencipta kejutan pada musim Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 selepas pasukan itu mempamerkan perkembangan positif dalam ujian pramusim baru-baru ini.

Meskipun Honda menamatkan musim 2024 di tangga terakhir kejuaraan pengeluar dengan hanya 75 mata, Mir percaya usaha keras pasukannya sepanjang musim sejuk bakal membuahkan hasil.

Lebih menarik, Honda kini mendapat sentuhan Romano Albesiano, bekas ketua teknikal Aprilia yang terkenal dengan pendekatan inovatif, namun pengaruhnya dijangka hanya mula dirasai sepenuhnya dalam beberapa bulan akan datang.

Bagi Mir, RC213V yang diuji di Sepang baru-baru ini terasa jauh lebih kompetitif berbanding jentera yang digunakannya sebelum ini dan ia memberikan keyakinan buat juara dunia 2020 itu untuk menjejak semula prestasi terbaiknya.

“Saya tak mahu terlalu yakin, tetapi kali ini saya optimis. Saya benar-benar mahu lihat di mana tahap kami sekarang dan sejauh mana kami boleh bersaing,” kata Mir yang mengakui Honda kini di landasan lebih baik.

Namun, Mir juga belajar daripada pengalaman lalu bahawa meletakkan harapan terlalu tinggi hanya akan memakan diri dan kini dia mengambil pendekatan lebih berhati-hati supaya tidak tertekan jika jentera Honda belum cukup sempurna pada pusingan pembukaan nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI