fbpx

Plymouth idam benam City seperti Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLYMOUTH (jersi hijau) berjaya menyingkirkan Liverpool sewaktu pusingan keempat Piala FA sebelum ini. - AFP

PLYMOUTH – Jurulatih Plymouth Argyle, Miron Muslic berharap pasukannya mampu meneruskan ‘kisah dongeng’ dalam saingan Piala FA menjelang pusingan kelima menentang Manchester City di Stadium Etihad awal pagi esok.

Muslic yang dilantik menggantikan Wayne Rooney pada Januari lalu melaksanakan tugas cukup baik apabila mengemudi The Pilgrims menyingkirkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool pada pusingan terdahulu.

Justeru, Muslic berharap dapat membenam satu lagi gergasi EPL meskipun beliau memiliki rasa hormat cukup tinggi terhadap pengurus City, Pep Guardiola yang dianggap sebagai idola.

“City merupakan pasukan yang mendominasi EPL dalam tempoh tujuh ke lapan tahun terakhir, jadi saya anggap perlawanan itu sebagai anugerah untuk kami kerana bukan senang bertemu pasukan seperti ini.

“Ini adalah peluang terbesar untuk kami menguji kemampuan Plymouth, jadi kami mahu menikmatinya. Kami tahu ia akan menjadi cabaran terbesar tetapi kami sangat teruja untuk bermain menentang mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau juga tidak sabar untuk bertemu Guardiola dan bersaing dengan bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich tersebut yang dilabelkan antara pengendali terbaik di dunia.

“Bagi saya, beliau adalah gergasi dalam bola sepak dan paling berjaya. Ia satu penghormatan kepada saya untuk bertemu dan bersalam dengannya kerana beliau menjadi contoh kepada semua jurulatih,” ujar Muslic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI