fbpx

Bayern akur gagal pujuk Kimmich kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIMMICH dibenarkan berunding dengan mana-mana kelab lain memandangkan kontraknya akan berakhir hujung musim ini. - AFP

MUNICH – Gergasi Bundesliga, Bayern Munich akhirnya mengibarkan ‘bendera putih’ dalam usaha memujuk Joshua Kimmich untuk menandatangani kontrak baharu memandangkan perjanjiannya bersama kelab itu akan berakhir penghujung musim ini.

Sebagai rekod, Kimmich dibenarkan untuk berbincang secara terbuka dan menandatangani prakontrak dengan mana-mana pasukan sejak bulan lalu tetapi buat masa ini tiada pengesahan rasmi yang dibuat oleh pihaknya.

Menurut laporan, Bayern sudah cuba menawarkan kontrak lanjutan kepada Kimmich sejak awal tahun ini tetapi masih gagal memujuk pemain berusia 29 tahun itu untuk kekal setia di Allianz Arena.

Situasi itu menyebabkan Bayern bakal kehilangan khidmat Kimmich secara percuma apabila bergelar ejen bebas nanti sekali gus gagal mengulangi ‘formula’ ketika memujuk Jamal Musiala dan Alphonso Davies menandatangani kontrak jangka panjang bulan lalu.

Difahamkan, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menjadikan Kimmich sebagai sasaran No. 1 pasukan kerana melihat pemain antarabangsa Jerman itu sebagai calon sesuai untuk melengkapkan formasi pengendali, Arne Slot.

Sebelum ini, Barcelona yang dikendalikan oleh bekas pengendali Bayern, Hansi Flick turut berminat untuk menawarkan kontrak kepada Kimmich tetapi segalanya bergantung dengan ‘kantung’ pasukan itu musim depan.

Arsenal dan Manchester City juga tidak mempunyai masalah untuk menawarkan kontrak lebih mewah buat Kimmich bagi memantapkan pasukan dalam usaha mencabar kejuaraan liga musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN