fbpx

MCMC kecewa Meta tak serius banteras scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIE CHING (duduk kanan) menjalani pemeriksaan kesihatan di Majlis Penutupan Future Health 4 All di Dewan Raya Putra Kulai, Kulai hari ini.

KULAI – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kecewa dengan syarikat konglomerat, Meta Platforms Inc. (Meta) yang tidak memandang serius isu scammer yang berleluasa menggunakan platform media sosial itu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kemunculan scammer di Facebook semakin mencanak malah lebih rancak setelah membayar platform itu untuk meningkatkan (boost) hantaran mereka.

Bukan itu sahaja, katanya, scammer tersebut turut menggunakan wajah ahli politik, orang kenamaan, selebriti dan sebagainya bagi memperdayakan pengguna laman sosial berkenaan.

“Pihak kementerian merasa sangat tak gembira dengan Meta kerana kebanyakan konten yang saya sebut tadi adalah ‘sponsored post’, maksudnya scammer bayar Meta untuk ‘boost’ konten tersebut kepada pengguna lain khasnya mereka yang berada di Malaysia.

“Walaupun mereka akan padam akaun tersebut tetapi mereka nampaknya mereka tidak ambil apa-apa langkah untuk hentikan scammer tersebut yang akan muncul semula buat sekian kalinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Future Health 4 All di Dewan Raya Putra Kulai, di sini hari ini.

Nie Ching berkata, ini adalah satu cabaran yang sangat besar buat kementerian dan MCMC yang turut menerima laporan berhubung akaun palsu yang diwujudkan dengan agenda tertentu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI