fbpx

Tahap pematuhan PKP Pahang 97 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh (dua dari kiri) mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan peralatan dan keperluan SJR kepada Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri di SJR Plaza Tol Bentong di Bentong, Pahang hari ini.

BENTONG – Tahap pematuhan orang ramai dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang mula dilaksanakan pada 22 Januari lalu di negeri ini amat baik iaitu pada kadar 97 peratus.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan oleh pihak polis terhadap individu yang didapati melanggar peraturan dan SOP ditetapkan.

“Jumlah kompaun yang dikenakan kepada individu di Pahang setakat ini adalah melibatkan 19 orang dan sebanyak lima premis dikompaun.

“Saya percaya ini (pematuhan lebih baik) kerana kita bukannya baru dalam menghadapi PKP kerana sebelum ini kita pernah merasa PKP,” katanya selepas meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh dan Ketua Polis daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar.

Menurut Mohd. Yusri, pada masa ini terdapat 34 SJR dilaksanakan di negeri Pahang melibatkan 695 petugas yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Katanya, setakat ini jumlah permit harian rentas negeri dan daerah yang telah diluluskan adalah sebanyak 2,263 permit daripada 2,348 permohonan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI