fbpx

Bapa maut kemalangan, tak sempat bawa pulang lampin pakai buang bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Yamaha LC yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa Mohamad Kamarul Azizi di KM 90, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran LRA Bukit Bauk, Dungun semalam.

DUNGUN – Perjalanan seorang bapa membawa pulang lampin pakai buang untuk bayinya bertukar tragedi apabila lelaki itu maut dalam kemalangan di Kilometer 90, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk, di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 11.50 malam itu, mangsa, Mohamad Kamarul Azizi Mustofa, 36, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Sewaktu kejadian, Mohamad Kamarul Azizi yang merupakan juruteknik di sebuah syarikat kawalan keselamatan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, di sini.

Dia yang baru selesai melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan di Paka di sini dikatakan sempat singgah membeli lampin pakai buang bayinya.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha LC dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori.

“Lori itu dikatakan sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara jalan. Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa (Mohamad Kamarul Azizi) telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, mayat Mohamad Kamarul Azizi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI