fbpx

Pertubuhan perusahaan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH yang mewakili PPNP yang didakwa menduduki tanah kerajaan negeri Pahang secara tidak sah di Kompleks Mahkamah Kuantan hari ini.

KUANTAN – Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menduduki tanah Kerajaan Negeri Pahang secara tidak sah, tahun lalu.

PPNP yang diwakili bendaharinya, Wan Aidie Amin Wan A. Aziz bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut kertas pertuduhan, PPNP didakwa telah melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan negeri Pahang di kordinat RSO (WMA 436197, WA 566952) serta RSO (WMA 436236, WA 566960) di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit kira-kira pukul 2 petang pasa 18 Jun tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828 suatu kesalahan di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan juga boleh membawa kepada hukuman di bawah Seksyen 426C(3) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828 iaitu suatu perintah untuk pelucuthakkan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan kepada mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Seksyen 425 telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu.

Pendakwan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang, Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi dan Muhammad Taqiuddin Azizan manakala tertuduh diwakili peguam Asiah Abdul Jalil.

Mahkamah memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 selain menetapkan 18 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI