fbpx

Haziq aktif bersukan, keluarga mahu tahu punca kematian arwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Haziq Uzayr rebah ketika menyertai acara merentas desa sekolah di Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI – Keluarga pelajar, Muhammad Haziq Uzayr Hairudin, 17, yang meninggal dunia selepas merentas desa di sekolahnya pada semalam masih menunggu laporan lengkap bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Abang sulung arwah, Muhammad Haazim, 25, berkata, keluarga sehingga kini belum menerima sebarang laporan berkaitan punca sebenar kematian adiknya itu.

“Kami sekeluarga hendak tahu apa sebabnya (meninggal) kerana arwah sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit serta aktif bersukan.

“Segala keputusan laporan itu juga akan kami terima dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Haazim yang bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan bagaimanapun berkata, mereka sekeluarga akan sabar menanti laporan keputusan itu yang dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan bahawa proses bedah siasat selesai dijalankan pada petang semalam.

“Pihak kita dimaklumkan beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat pelajar itu masih memerlukan keputusan analisis makmal.

“Sehingga kini ia dikategorikan sebagai ‘pending laboratory analysis’ kerana hasil bedah siasat tidak lengkap dan tidak menemui punca kematian serta perlu menunggu hasil laporan makmal,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI