fbpx

Penunggang Honda EX5 maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda EX5 yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Ayub di Jalan Kota Bahru - Kuala Terengganu berhampiran Kampung Gong Nering, Besut semalam.

BESUT – Seorang pemuda maut selepas motosikal Honda EX5 dinaikinya terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan lain di Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu berhampiran Kampung Gong Nering di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.45 petang itu, mangsa, Ayub Zamri, 22, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, sewaktu kejadian, Ayub yang merupakan penganggur dikatakan dalam kejadian ke Penarik, Setiu dari rumahnya di Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Honda EX5 dinaiki mangsa dikatakan bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza di laluan bertentangan sewaktu cuba memotong sebuah kenderaan lain.

“Impak perlanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa terjatuh lalu menggelongsor sebelum dirempuh sebuah kereta Honda City,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Sani berkata, pemandu dan penumpang kereta Honda City terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pemandu kenderaan Perodua Alza pula masih gagal dikesan kerana terus beredar sejurus kemalangan berlaku.

“Pemandu Perodua Alza terbabit dinasihatkan tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI