fbpx

[VIDEO] Selamba pancing ‘parcel’ orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua lelaki mencuri bungkusan di sebuah rumah.

PETALING JAYA – Tular di media sosial sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua individu mencuri bungkusan di dalam kawasan rumah.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, dua lelaki berkenaan dilihat datang menaiki sebuah motosikal sebelum salah seorang daripadanya turun daripada motosikal terbabit dengan membawa sebatang besi.

Lelaki tersebut kemudian dilihat ‘memancing’ bungkusan-bungkusan yang terdapat di dalam kawasan rumah terbabit dan terus beredar selepas mendengar suara penduduk rumah tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut selain meminta orang ramai lebih berhati-hati.

“Kalau rumah teres yang bukan ‘gated’ begini, sebaiknya barang-barang kita ambil sendiri di parcel hub yang berdekatan,” pesan Fazli.

“Selalunya beruk saja yang bawa lari barang ni,” kata Siti Salmah.

“Didiklah anak-anak daripada kecil jangan ambil kalau bukan hak kita. Di dunia mungkin terlepas tapi di sana?” kata Nur Baiti.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 11,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI