fbpx

Pekerja kilang maut dalam nahas di Bukit Sentosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan di Persiaran Jenjarum, Bukit Sentosa,, malam tadi. - Foto PDRM

HULU SELANGOR – Pekerja kilang maut dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan di Persiaran Jenjarum, Bukit Sentosa, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 9.30 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar pukul 8:40 malam. Mangsa lelaki yang menunggang motosikal Modenas dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya (kilang).

“Ketika tiba di persimpangan Persiaran Jenjarum, sebuah kereta tiba-tiba melintas di hadapannya dan mengakibatkan mangsa hilang kawalan dan terbabas di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa terjatuh dan dilanggar sebuah motosikal Yamaha Y15 ZR.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan bahawa mangsa lelaki tempatan berusia 46 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mengenal pasti punca kematian,” ujarnya.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan. Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 011-33293547,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI