fbpx

13,095 PATI, 306 majikan ditahan tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi yang dijalankan pihak JIM Negeri Johor tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Seramai 13,095 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarah JIM Negeri Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, menerusi satu kenyataan memaklumkan, seramai 306 majikan yang menggajikan PATI itu turut ditahan dalam tempoh yang sama.

Katanya, pemeriksaan ini melibatkan kawasan secara rambang atau hot spot yang menjadi tumpuan warga asing di Johor.

“Dalam 3,040 operasi penguatkuasaan yang dijalankan dari Januari hingga Disember 2024, seramai 25,923 orang telah diperiksa dan lebih separuh daripadanya iaitu seramai 13,905 adalah PATI.

“Daripada jumlah itu, seramai 3,206 PATI telah dibawa ke muka pengadilan dan didakwa di Mahkamah Sesyen di Pontian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rusdi, bagi PATI yang telah menjalani hukuman penjara, akan dibawa ke Depot Imigresen Pekan Nenas untuk dipindahkan.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 5,719 PATI telah dipindahkan ke negara asal yang melibatkan pelbagai negara melalui pintu masuk udara, darat dan laut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI