fbpx

Kelantan benarkan 50 jemaah solat Jumaat sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan seramai 50 orang jemaah untuk mengikuti solat Jumaat di masjid dalam satu-satu masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri ini.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut melibatkan masjid negeri, bandar, daerah dan mukim.

“Bagaimanapun, solat fardu di masjid negeri dan mukim tidak boleh melebihi 12 orang jemaah termasuk imam tua, imam muda, bilal, siak dan ahli jawatankuasa masjid.

“Bagi surau dan musalla, hanya lima orang jemaah dibenarkan yang terdiri daripada imam, bilal dan tiga orang ahli jemaah sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Temenggong Kelantan, perkara tersebut telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan baginda telah memperkenankan agar pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat dan solat fardu dilanjutkan sehingga 4 Februari ini.

Katanya, Maik berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan mengikuti semua SOP yang telah ditetapkan sebelum ini.

Tambahnya, pihak pengurusan masjid yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan akan berdepan tindakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI