fbpx

Penduduk negeri Wakal puasa bermula semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menunaikan solat tarawih di Masjid Nurul Awal kelmarin. - Berita Satu

JAKARTA – Penduduk negeri Wakal, wilayah Maluku Tengah di Indonesia mula berpuasa 1 Ramadan semalam, lapor laman berita Kompas. 

Mereka juga menunaikan solat tarawih secara berjemaah di Masjid Nurul Awal malam kelmarin.

Raja Negeri Wakal, Ahaja Suneth berkata, pelaksanaan solat tarawih dan puasa berdasarkan pengiraan bulan Syaaban dan ia dilakukan secara turun-temurun. 

“Pengiraan untuk menentukan Ramadan bukan satu tradisi, malah kami berpandukan kalendar Islam. 

“Mengikut bulan Syaaban, hari pertama puasa jatuh pada Khamis,” katanya. 

Tambah beliau, ibadah puasa yang dijalankan sama sahaja seperti umat Islam yang lain. 

“Yang berbeza adalah hari pertama puasa dan Hari Raya Aidilfitri,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI