KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang lori yang parkir di tepi jalan di hadapan sebuah pusat beli-belah di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 1.48 pagi hari ini, mangsa berusia 20 tahun tersepit di bahagian belakang lori terbabit dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
“Pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan ‘hydraulic ram’ untuk merenggangkan bahagian belakang lori bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menambah setelah berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada paramedik untuk rawatan dan tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE