fbpx

Kambing Xinjiang, Nasi Beriani penyeri bufet Ramadan di InterContinental KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cef sedang menghiris daging kambing Xinjiang untuk hidangan berbuka puasa di InterContinental KL.

KUALA LUMPUR  – Memilih InterContinental Kuala Lumpur (KL) yang terletak di lokasi strategik sebagai destinasi untuk  berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini adalah satu kelebihan buat pengunjung apatah lagi dapurnya, restoran Serena Brasserie telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).  

Tiada lagi kebimbangan buat pengunjung muslim untuk menjamu selera di restoran berkenaan selain disediakan kemudahan untuk bersolat dengan selesa selepas berbuka puasa di hotel berkenaan.

Melalui idea pilihan Cef Rudy Junaidie yang berpengalaman luas dalam bidang masakan dan disokong oleh cef dan kakitangan di restoran berkenaan, tema Santai-Santai di Serena begitu bertepatan dengan hidangan dan juadah yang disediakan untuk berbuka puasa di situ bermula 4 Mac ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, berinspirasikan daripada pelbagai masakan Melayu tradisional yang begitu sinonim dengan selera masyarakat dalam bulan puasa ini, pihak hotel mahu memenuhi keperluan pelanggan yang sebahagian daripada mereka mahu mencari hidangan yang membolehkan mereka dekat dengan suasana kampung dan juga lauk pauk hidangan bonda di rumah.

Sehubungan itu, hidangan bufet tahun ini diserikan dengan pelbagai menu masakan Melayu yang turut disegarkan dengan teknik masakan terkini agar terhasil satu hidangan yang menarik dan unik.

Antara hidangan tersebut adalah ayam bakar madu yang diperap selama 12 jam dan dipanggang untuk diserikan dengan sos pilihan cef.

Menu lain yang bakal menjadi pilihan pengunjung pula adalah Rendang Minang Smoked Barbecue Beef Ribs yang turut diselitkan dengan rendang autentik Minang serta  Kambing Xinjiang dengan Nasi beriani Bukhari.

“Kambing tersebut diperap dengan rempah khusus untuk digabungkan dengan nasi beriani Bukhari bersama salad timun dan tomato serta sos khusus yang lain.

“Cef juga menyediakan Gulai Assam Rong itik bakar stail claypot, satu menu tradisional kampung dari Pahang yang bakal memenuhi selera peminat masakan itik yang diserikan juga dengan terung pipit, bendi dan juga daun ubi kayu,” katanya.

Selain itu, cef juga menghidangkan masakan popular bulan puasa tetapi pastinya ia agak berbeza dari hotel lain untuk menu rendang daging, bubur lambuk, ketupat dan lemang serta kuah kacang. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI