fbpx

Liga Super: Terengganu aibkan finalis Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SRI Pahang yang hadir selaku finalis Piala Malaysia terima tamparan hebat apabila dibelasah Terengganu 1-5 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi. - SRI PAHANG

 

KUANTAN – Finalis Piala Malaysia, Sri Pahang memperoleh pengajaran berguna apabila dibelasah Terengganu 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Walaupun gagal melunaskan harapan penyokong, kekalahan kali ini wajar dilihat sebagai peluang terbaik untuk perbaiki kelemahan sebelum turun ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, 12 April nanti.

Terengganu hanya memerlukan tempoh tiga minit untuk membuka jaringan menerusi Akhyar Rashid sebelum Safawi Rasid menambah gol kedua pelawat pada minit ke-20.

Selang lapan minit selepas itu, detik malang Tok Gajah berterusan apabila Aleksandar Cvetkovic dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap Akhyar.

Rentetan kekasaran Cvetkovic, Terengganu yang dihadiahkan sepakan percuma bijak mengambil kesempatan dan kali ini Safwan Mazlan bertindak pantas untuk merekodkan gol ketiga pelawat sebelum Sergio Aguero meledak gol pertama tuan rumah pada minit ke-38.

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad membawa masuk Ibrahim Manusi dan David Rowley di babak kedua namun ia seakan tidak merubah persembahan tuan rumah hingga menyaksikan Terengganu memperoleh dua lagi gol.

Ismaheel Akinade menghasilkan gol keempat Terengganu pada minit ke-57 sebelum Manuel Ott melengkapkan jaringan kelima pelawat, minit ke-88. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI