fbpx

PM pertahan cadangan RUU URA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Konvensyen JPKKP Negeri Kedah 2025 di Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan cadangan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) dalam usaha membela nasib golongan miskin bandar.

Anwar berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menentang usaha pihak pembangkang yang dilihat seolah-olah mahu mempengaruhi rakyat agar berbalah termasuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah cadangan kerajaan itu.

“Dia kata habislah Melayu, itu menipu. Flat Sri Perlis umpamanya (dibina) pada tahun 60-an, sudah 50 tahun usia, keadaannya usang satu bilik sahaja dan yang duduk situ paling miskin. Saya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan takkan nak biar macam itu.

“Nak bangun macam mana? Kena pinda undang-undang. Kalau tanah itu rizab Melayu, kekal rizab Melayu, kalau itu milik kerajaan negeri, kekal dan berstatus strata pun kekal.

“Oleh kerana kita di bawah tak ambil tahu kita terpengaruh dengan pelbagai benda sampaikan akan tuntut dan nak adakan perhimpunan besar-besaran pertahan hak Melayu, hak Melayu yang mana. Kamu nak paksa orang Melayu di bandar jadi miskin papa kedana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kedah 2025, di sini hari ini yang menghimpunkan 3,048 kepimpinan JPKKP dari seluruh Kedah.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd. Hafez Sabri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran demi menunjukkan bantahan dan ketegasan dalam isu itu.

Katanya, Pemuda Pas akan terus berjuang bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan suara rakyat didengari dan dipertahankan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI