fbpx

RM15 juta buat pesawah sempena Ramadan, Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melihat kawasan sawah padi yang baru dituai pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Penanaman Padi Lima Musim dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 di Pida 4, dekat Jerlun hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

JERLUN – Separuh daripada peruntukan berjumlah RM30 juta yang diberikan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan disalurkan kepada golongan pesawah sebagai persediaan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin bagi membantu golongan pesawah membuat persiapan tersebut.

“Saya nak ucap terima kasih kepada Bernas khususnya Syed Mokhtar kerana apabila saya ambil alih jawatan Perdana Menteri, saya katakan padanya bahawa Bernas ini mencatat keuntungan dan daripada beri wang kepada parti politik, lebih baik beri kepada pesawah.

“Sebab itu dari tahun lepas, beliau beri RM50 juta. Tahun ini diberi lagi tambahan RM15 juta untuk pesawah gunakan buat persiapan Ramadan serta Aidilfitri.

“Saya harap dapat selesaikan sebelum Ramadan,” kataya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim dalam Tempoh Dua Tahun, di sini hari ini.

Pada 13 Februari lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Syed Mokhtar melalu Bernas akan menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, beliau turut mengambil maklum mengenai keluhan petani berhubung isu benih dan baja yang dikatakan kurang berkualiti hingga memberi kesan kepada hasil padi.

Sehubungan itu, beliau mahu agar kementerian mengadakan perbincangan bersama pihak terlibat termasuk para pesawah, bagi mencari penyelesaian berhubung perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI