fbpx

Kementerian Digital lancar garis panduan AI sektor awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind Singh ketika melawat pameran selepas Majlis Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam di Le Meridien Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Digital hari ini melancarkan Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam sebagai asas kepada penggunaan AI yang bertanggungjawab dan beretika dalam sektor tersebut.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, ini kerana penggunaan AI tidak boleh dibiarkan menjadi ‘kotak hitam’ yang membuat keputusan tanpa mekanisme semak dan imbang yang kukuh.

“Dengan adanya garis panduan ini juga, kita akan dapat meningkatkan pengadaptasian AI di sektor awam, memastikan AI dalam sektor awam digunakan secara bertanggungjawab, adil serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengabaikan prinsip keadilan sosial dan keterangkuman.

“Di samping itu, kita juga perlu terus menyesuaikan diri dengan perkembangan AI, membina keupayaan tenaga kerja kita dan memastikan bahawa setiap keputusan yang dibuat dengan bantuan AI sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam di sini hari ini.

Garis panduan setebal 158 muka surat itu dibangunkan oleh Bahagian Perundingan Digital Jabatan Digital Negara (JDN) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai satu rujukan khusus bagi sektor awam.

Selain penerangan tentang pengenalan AI, garis panduan berkenaan turut mengandungi etika yang perlu dipatuhi, peranan dan tanggungjawab aktor, pengurusan risiko, kaedah pengadaptasian dan templat penilaian kendiri untuk agensi mengenal pasti skop serta impak AI di agensi sektor awam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI