fbpx

Berhenti kerja jaga adik, ibu terlantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainani dan Muhammad Suhaid melihat keadaan Sadiah yang terlantar di rumahnya di Kampung Tengah, Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah kenderaan utiliti sukan di Kilo­meter 45, Jalan Muar-Segamat pada 25 Januari lalu telah me­ngubah hidup seorang wanita apabila terpaksa berhenti kerja bagi menjaga ibu dan adiknya.

Nor Wahida, 25, berkata, dalam nahas pada pukul 9.55 malam itu, bapanya, Zamri Norudin, 55, dan bapa saudaranya, Aris Saadon, 56, meninggal dunia di tempat kejadian

Ibunya, Sadiah Sa’adon, 54, pula retak lutut serta tempurung bahu kanan selain ibu jari kanan patah dan empat jari tangan kiri pula terpaksa dipotong kerana hancur akibat kemalangan itu.

Turut cedera adik bongsunya, Rasidah, 21, yang patah lengan, siku dan paha kanan.

Kata Nor Wahida, Rasidah yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat terpaksa mengambil cuti khas.

“Akibat kejadian itu, saya yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar Kluang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga mereka.

“Ibu kini hanya terlantar di atas katil, manakala adik pula terhad pergerakan, menyebabkan semua urusan dalam rumah perlu diuruskannya sendiri,” katanya kepada Kosmo!.

Terdahulu, keluarga itu dizia­rahi Pengurus Yayasan Prihatin Kluang (YPK), Zainani Jamaluddin dan Pengerusi Persatuan Komuniti Satu Hati Kluang, Muhammad Suhaid Mustakim Yahya di

kediamannya di Kampung Te­ngah di sini baru-baru ini.

Menurut Wahida, selepas berhenti kerja, keluarganya terputus sumber pendapatan dan mereka tiga beranak hanya bergantung harap kepada simpanan arwah bapanya selain bantuan orang ramai untuk meneruskan hidup.

Katanya, dia kini turut mengharapkan bantuan lain untuk ibunya seperti lampin pakai buang dan kerusi roda.

“Jika ibu boleh kembali pulih dan adik juga sihat, saya boleh kembali bekerja,” katanya.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan bantuan boleh meng­hubungi Nor Wahida di talian 010-708 7820.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI