fbpx

Pemiutang lulus cadangan skim penstrukturan semula Sapura Energy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Pengarah Sapura Energy Berhad hari ini mengumumkan bahawa pelbagai kelas pemiutang Sapura Energy dan 22 anak syarikatnya telah meluluskan cadangan skim penyusunan dan kompromi sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula hutangnya.

Menurutnya, Sapura Energy dan 22 anak syarikatnya telah memuktamadkan 52 Mesyuarat Mahkamah berasingan antara 21 dan 27 Februari 2025, yang mana pemiutang yang hadir telah mengundi untuk menyokong skim berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Muhammad Zamri Jusoh berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan yang ditunjukkan oleh semua pemiutang terhadap usaha penyusunan semula hutang Sapura Energy.

“Walaupun melalui proses yang panjang, mereka tetap komited dengan pemulihan dan kami amat menghargai kepercayaan mereka.

“Kami percaya kami telah menawarkan pemiutang penyelesaian yang adil dan saksama, sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memelihara ekosistem tenaga Malaysia,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI