fbpx

Zaqhwan tenang dikecam hebat netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAQHWAN bertekad bangkit menampilkan prestasi yang lebih baik untuk aksi seterusnya. - PETRONAS MIE HONDA RACING TEAM

PELUMBA negara, Zaqhwan Zaidi akhirnya membuka mulut mengenai cabaran sebenar yang dihadapinya dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) selepas menerima kecaman hebat di media sosial berikutan keputusan hambar sewaktu perlumbaan pertamanya.

Zaqhwan ketika ditemui pada Anugerah Ikon di Majlis Makan Malam dan Anugerah Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) baru-baru ini mendedahkan bahawa kekangan persiapan menjadi faktor utama dia bergelut sewaktu bersaing di Litar Phillip Island, Australia minggu lalu.

Beraksi bersama pasukan PETRONAS MIE Racing Honda, Zaqhwan terlepas tiga sesi ujian pramusim menyebabkan dia menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan jentera Honda CBR1000RR-R versi WSBK.

Lebih mengecewakan, juara Asia 2022 itu tidak berjaya melayakkan diri untuk berlumba apabila catatan masa ketika sesi kelayakan gagal melepasi had masa ditetapkan.

Bagaimanapun, Zaqhwan enggan ambil hati kritikan ‘pedas’ netizen, sebaliknya mengambil kata-kata negatif tersebut sebagai motivasi kepadanya untuk terus cemerlang.

“Orang boleh kata apa saja, tetapi saya lebih fokus untuk buktikan sesuatu pada perlumbaan akan datang. Saya akan cuba tutup mulut mereka dengan prestasi yang lebih baik.

“Saya tidak menjangka ke WSBK, keputusan dibuat pada saat terakhir. Malangnya, saya terlepas tiga sesi ujian, jadi secara logiknya sukar untuk mendapatkan keputusan baik dalam perlumbaan pertama.

“Saya ke sana tanpa persediaan mencukupi, terpaksa biasakan diri dengan motor dan pasukan baharu serta trek yang belum pernah saya cuba. Ini bukan sesuatu yang boleh dikuasai dalam masa singkat,” katanya.

Bagaimanapun, Zaqhwan enggan menjadikan perkara itu sebagai alasan dan bertekad untuk terus memperbaiki prestasinya.

“Saya tahu pasukan utama seperti HRC sendiri masih berjuang dalam kelompok 10 terbaik, jadi saya perlu bersabar dan bekerja lebih keras. Yang penting, saya terus belajar dan perbaiki diri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI