fbpx

Pencapaian ACC 2025 membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZAH menjadi pelumba negara paling menyinar pada kempen ACC 2025 yang berakhir semalam. - AMIR KHALID

PRESTASI atlet-atlet negara pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan boleh dianggap membanggakan apabila mencatat keputusan cukup cemerlang.

Apa tidaknya, skuad berbasikal trek kendalian Mohd. Harnizam Basri itu berjaya menyambar dua pingat emas, empat perak dan empat gangsa biarpun masih berada dalam proses ujian serta penyesuaian strategi.

Pencapaian cukup cemerlang itu memberi gambaran positif buat pelumba-pelumba negara dalam persiapan mereka menghadapi temasya Sukan SEA Thailand pada Disember depan dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Harnizam berkata, kejohanan tahunan itu digunakan sebagai medan untuk melakukan ujian bagi menentukan kombinasi terbaik dalam setiap acara menjelang beberapa kejohanan besar sepanjang tahun ini dan tahun depan.

“Saya melihat banyak perkembangan positif daripada kejohanan ini. Kami masih dalam fasa percubaan, tetapi arah yang kami ambil ini sangat baik untuk persiapan ke Sukan Asia dan Sukan SEA.

“Sekarang saya dapat merasai sendiri suasana pertandingan. Kami juga cuba untuk mencari keserasian dalam acara berpasukan selain mahu meningkatkan jisim otot pelumba-pelumba,” katanya.

Sebagai rekod, dua emas negara hadir menerusi The Pocket Rocketwoman, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri yang mempamerkan kayuhan bertenaga ketika memenangi acara keirin dan 1 kilometer (km) ujian masa wanita elit.

Selain itu, trio berpasukan pecut wanita dibarisi Izzah, Anis Amira Rosidi dan Nur Alyssa Farid turut melakar kejayaan apabila meraih pingat perak dengan rekod kebangsaan baharu 48.458 saat (s).

Sebaik saingan ACC 2025 berakhir semalam, pasukan negara akan berehat buat seketika sebelum kembali melakukan persiapan menghadapi kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI