fbpx

EPL: Liverpool terus utuh di persada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZOBOSZLAI berjaya meledak gol ketika Liverpool membenam Newcastle pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka di persada apabila mencatat kemenangan 2-0 mengatasi Newcastle United pada aksi di Anfield awal pagi semalam.

Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui puas melihat pasukannya kini memiliki kelebihan 13 mata berbanding pencabar terdekat Arsenal dan mengakui kekuatan mental menjadi faktor utama pasukannya terus menguasai carta liga ketika ini.

“Selepas keputusan yang kami raih pada perlawanan dengan Everton dan Wolverhampton, orang mula mempersoalkan tentang kami. Namun, apa yang paling mengagumkan saya adalah tentang kekuatan mental pemain ketika menentang Newcastle United dan Manchester City.

“Kami baharu saja menemui gear untuk bekerja lebih keras. Kami tidak sempurna, kami terlepas banyak bola mudah, namun kami mempunyai mentaliti yang cukup hebat,” katanya.

Pada perlawanan semalam, Dominik Szoboszlai terus cemerlang menyumbangkan satu gol diikuti jaringan kedua daripada Alexis Mac Allister, namun Mohamed Salah terus mencuri tumpuan apabila berjaya mencipta satu umpanan gol.

“Saya tidak tahu tentang perkara itu lagi (memenangi Liga Perdana Inggeris) kerana saya mula memikirkan tentang aksi Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI