fbpx

Aliff Aziz, Ruhainies mengaku salah, bayar denda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JABATAN Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan Aliff dan Ruhainies menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah.

PETALING JAYA – Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat.

Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan berkata, dua selebriti itu menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding yang diadakan 21 Februari lalu.

Pada 3 Julai tahun lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

“Pada tarikh sebutan lepas pada 17 Oktober tahun lalu, ditetapkan tarikh 20 dan 27 Februari untuk sambung bicara selepas kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah.

“Bagaimanapun, peguam syarie tertuduh melalui surat bertarikh 18 Februari lalu memaklumkan kedua-dua anak guam berhasrat untuk menukar pengakuan dan memohon pihak Mahkamah untuk pindaan tarikh pada 21 Februari.

“Selepas pertuduhan dibacakan semula, kedua-dua mereka menukar pengakuan kepada bersalah.

“Atas pengakuan bersalah itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mensabitkan kesalahan ke atas kedua-keduanya dan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda,” katanya.

Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies atau atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas kemudian membayar denda tersebut.

Aliff dan Ruhainies masing-masing dituduh di bawah Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana berkhalwat.

20 Jun 2024, Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin berhubung kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang selebriti berstatus suami orang dan pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Sumber dilaporkan berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hasil maklumat awam. Pasangan itu dicekup di kediaman pelakon wanita terbabit.

Aliff dan Ruhainies masing-masing tampil memberi penjelasan di Instagram berhubung kontroversi yang tercetus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI