PORT DICKSON – Kelibat buaya kini bukan hanya dirakam di Pantai Cermin, malah kehadiran reptilia itu turut dikesan di Pantai Purnama dan Pantai Teluk Kemang.
Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi sebenar reptilia tersebut kerana ia sentiasa berubah-ubah.
“Kita sentiasa memantau kehadiran buaya di pantai ini dan sudah pun memasang perangkap di Pantai Cermin sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, terdapat dakwaan tular menyatakan lokasi buaya itu di pantai lain.
“Setakat ini, saya dimaklumkan kita hanya menerima aduan mengenai kehadiran haiwan terbabit di pantai berhampiran Hotel Thistle sahaja.
“Namun, merujuk kepada video yang tular, kami akan mengenal pasti lokasinya terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE
@jopes6667 Replying to @Alfafa here’s a closer shot #crocodile #portdickson #monkeybay #beach #sea #buaya #malaysia @wanderglambites on IG ♬ original sound – jopes666