fbpx

Fahmi rasmi projek POC kios telekesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi memeriksa tekanan darah menggunakan kiosk telekesihatan yang ditempatkan di pejabatnya di Pantai Hillpark.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil merasmikan projek pembuktian konsep (POC) kiosk telekesihatan dengan kerjasama Big Pharmacy dan pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bersetuju untuk melaksanakan POC tersebut susulan kiosk telekesihatan itu dilihat sebagai satu kemudahan yang boleh dimanfaatkan masyarakat terutama sekali golongan B40 untuk membuat saringan kesihatan secara percuma.

“Melalui kemudahan ini, pada masa yang sama meraka dapat tahu sekiranya ada keperluan untuk pergi bertemu dengan doktor.

“Setidaknya beberapa maklumat asas telah dapat dikumpulkan dan di situ memudahkan doktor untuk melakukan tindakan lanjut,” katanya selepas merasmikan projek itu di pejabatnya di Pantai Hillpark, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya turut meminta supaya pihak Big Pharmacy mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang lain termasuk pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk lihat bagaimana kedua-dua pihak boleh berkolaborasi.

“Perkara itu kerana kita lihat kiosk-kiosk seperti ini yang pelbagai fungai sangat mudah untuk kita bawa ke lokasi-lokasi terutama di kawasan desa, kawasan luar bandar dan mungkin kita boleh bekerjasama dengan Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bawah MCMC.

“Jadi dari program hari ini saya lihat ada beberapa langkah yang kita akan ambil selepas ini insya-Allah ,” katanya.

Terdahulu, kiosk telekesihatan itu boleh digunakan oleh mana-mana individu untuk memeriksa berat badan, ketinggian, Indeks Jisim Badan (BMI), tekanan darah dan juga komposisi badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI