PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan hari ini apabila hadir ke Parlimen dengan ditemani penyanyi, Bella Astillah.
Menerusi video yang tular di TikTok, kedua-dua mereka memakai pakaian warna sedondon dengan Syed Saddiq berbaju Melayu, bersamping songket dan bersongkok, manakala Bella memakai baju kurung moden serta selendang di bahu.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut ditemani anak sulungnya, Ayden Adrean dan mereka sempat beramah mesra serta bergambar dengan kakitangan di Parlimen.
Malah, mereka juga dilihat beramah mesra dan bergambar dengan Ahli Parlimen tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang.
Syed Saddiq kemudian membawa Bella dan Ayden melawat setiap tempat di Parlimen sambil menerangkan kepada mereka.
Menerusi ruangan komen, ramai yang ‘mengusik’ tindakan Syed Saddiq membawa Bella dan Ayden melawat ke Parlimen.
“Begini lah cara ‘suami’ kenalkan ‘isteri’ dekat sanak saudara,” komen seorang pengguna TikTok.
“Bayangkanlah majlis kahwin dia orang, semua YB (Yang Berhomat) ada,” kata seorang individu yang lain.
“YB macam bawa Bella dengan Ayden jumpa family besar dia,” usik seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@emysamsudin BASS di Parlimen hari ini #parlimenmalaysia #bellaastillah #syedsaddiq #BASS ♬ original sound – Mas Ermieyati