fbpx

Prosiding curi kabel pelantar minyak tangguh, tertuduh tak faham bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh lelaki Indonesia dihadapkan atas pertuduhan mencuri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tujuh lelaki Indonesia dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri kabel elektronik dan bateri solar di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni di perairan Kuala Terengganu minggu lalu.

Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh berusia 25 hingga 45 tahun itu dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

Mereka berdepan pendakwaan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, pendakwaan tidak dapat dijalankan kerana kesemua lelaki Indonesia itu tidak memahami bahasa Melayu.

Mahkamah menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula kes dan lantikan jurubahasa.

Kesemua tertuduh tidak ditawarkan jaminan kerana mereka merupakan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kosmo! pada 23 Februari lalu melaporkan Maritim Malaysia mematahkan kegiatan menceroboh pelantar minyak untuk mencuri kabel elektronik dan bateri solar yang didalangi sindiket antarabangsa di perairan Kuala Terengganu.

Pencerobohan pelantar minyak untuk mencuri kabel elektronik dan bateri solar itu kali keempat dilaporkan di perairan Terengganu sejak awal tahun ini melibatkan kerugian jutaan ringgit ekoran gangguan operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI