fbpx

Suspek tetak bapa direman tiga hari, parang dijumpai dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK (kanan) dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar untuk permohonan reman, hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki yang menetak bapanya dengan parang di Kampung Padang Besar Selatan, dekat sini, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

Menurutnya, suspek direman bermula hari ini hingga 1 Mac bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Senjata berupa parang yang disyaki digunakan suspek turut ditemukan dalam semak berhampiran rumah yang didiami suspek dan mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI