fbpx

Tiga lelaki tunggang kuda untuk tunai haji di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA sahabat menunggang kuda dari Sepanyol ke Mekah, Arab Saudi. - Foto IHA

ISTANBUL – Tiga sahabat dari Sepanyol mengembara rentas negara dengan menunggang kuda untuk menunaikan haji di Mekah, lapor agensi berita Anadolu semalam. 

Sejak tiga bulan setengah yang lalu, Abdallah Hernandez, Abdelkader Harkassi dan Tariq Rodriguez telah sampai ke Istanbul, Turkiye.

Mereka akan meneruskan perjalanan untuk menyempurnakan ibadah haji dengan cuba menghidupkan kembali tradisi Islam Andalusia yang berusia 500 tahun.

Kumpulan itu menyasarkan untuk sampai ke Arab Saudi melalui Syria selepas melalui Itali, Slovenia, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Kosovo, Macedonia Utara, Bulgaria, Greece dan Turkiye.

Perjalanan tersebut dianggarkan sejauh 8,000 kilometer.

Hernandez berkata, dia mula belajar tentang Islam pada usia 24 tahun. 

Selepas lulus peperiksaan geografi, dia memeluk Islam dan berikrar untuk menunaikan haji ke Mekah dengan menunggang kuda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI