PETALING JAYA – Tindak-tanduk pempengaruh, Ameera Khan sentiasa menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi selepas dikaitkan dengan pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol.
Jika sebelum ini aktor itu mengejutkan ramai dengan tatu ‘AK’ pada jari manisnya dipercayai merujuk kepada Ameera Khan, kali ini adik kepada selebriti Neelofa itu pula menarik perhatian dengan fesyen seluar denim terbaharu.
Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, memuat naik foto mengenakan seluar denim dengan huruf ‘J’ dan ‘N’ tertera di bahagian punggung.
Rata-rata netizen percaya dua huruf tersebut mewakili pangkal nama Jefri, sekali gus menguatkan lagi gosip hubungan mereka.
“JN tu Jefri Nichol la! Romantis betul sampai pakai seluar ada nama kekasih,” komen seorang netizen.
“Dulu Jefri tatu ‘AK’ dekat jari, sekarang Ameera pula pakai ‘JN’. Memang sama cantik, sama padan,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
Lebih manis, pelakon filem Ali Topan itu turut mengulang siar hantaran tersebut dalam Instagram Story miliknya dengan kapsyen ‘dayuuuum’, seolah-olah memberi bayangan hubungan mereka semakin akrab.
Seperti biasa, ada juga yang kurang senang dan menganggap tindakan pasangan itu agak keterlaluan.
“Bercinta tak salah, tapi tak perlulah sampai tunjuk macam ni, meluat pula, malu lah pada kakak dan abang ipar yang ke hulu ke hilir berdakwah,” ujar seorang netizen.
“Public figure kena lebih jaga imej. Ramai yang tengok,” komen seorang lagi pengguna media sosial.
Sejak kebelakangan ini, Ameera dan Jefri dilihat semakin terbuka berkongsi momen romantis dalam media sosial masing-masing. – KOSMO! ONLINE