PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana telah berlaku di Timur Laut India pada pukul 4.55 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran memaklumkan, gempa itu berukuran 5.2 skala magnitud.
“Kejadian berlaku di 26.3 darjah Utara dan 92.3 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km)
“Ia berpusat di 293km Timur Laut dari Jamalpur,Bangladesh,” katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, susulan kejadian itu, tiada ancaman tsunami dikenakan kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE