fbpx

Jenazah Hud Aryan selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nor Hafifi (bawah, kiri) mengiringi jenazah Hud Aryan ke dalam liang lahad semasa upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga, Tanah Merah awal pagi tadi. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

TANAH MERAH – Jenazah seorang kanak-kanak, Hud Aryan Mohd. Nur Hafifi yang dijumpai lemas di celahan pokok selepas hilang selama hampir 70 jam di Kampung Aira, Kuala Tiga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga di sini awal pagi tadi.

Jenazah disemadikan kira-kira pukul 2 pagi selepas disolatkan oleh penduduk kampung di Masjid Mukim Kuala Tiga di sini.

Bapa kepada arwah Hud Aryan, Mohd. Nor Hafifi Saidi, 34, berkata, dia dan isteri, Azean Nur Atikah Ramley, 34, reda dengan pemergian arwah anaknya kerana Allah SWT lebih menyayanginya.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian arwah Hud Aryan berjalan dengan lancar sehingga ke liang lahad.

“Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang membantu mencari arwah Hud Aryan,” katanya.

Terdahulu, jenazah Hud Aryan dituntut ibu bapanya selepas proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tanah Merah di sini tengah malam tadi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, jasad Hud Aryan yang hilang di rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam Isnin lalu akhirnya dijumpai lemas selepas dihanyutkan arus ke Sungai Kerilla dekat sini kira-kira pukul 4.15 petang semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI