fbpx

Liga Super: NSFC cemerlang benam KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN NSFC, Muhammad Harith Samsuri pantas menyambar bola dari tangkapan penjaga gol KDA FC, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim untuk hasilkan gol pertama perlawanan. - MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam tadi.

Tiga mata kali ini nyata memberikan makna yang cukup besar buat NSFC yang kini memburu penamat lebih baik pada saingan musim ini.

Terdahulu tuan rumah memulakan aksi dengan agak positif namun ia sering digagalkan oleh barisan pertahanan lawan.

Usaha berterusan NSFC akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-39 menerusi Muhammad Harith Samsuri yang bertindak pantas melakukan susulan selepas penjaga gol lawan, Mohd. Ifwat Akmal Chek Kassim gagal menangkap kemas sepakan percuma Takumi Sasaki.

Bersambung babak kedua, giliran KDA FC tampil aksi lebih baik dan dihidangkan beberapa mencipta peluang terbaik untuk memperoleh gol penyamaan khususnya menerusi penyerang importnya, Milos Gordic

Kecemerlangan penjaga gol tuan rumah, Muhamad Aqil Abdul Razak juga sering menghadirkan kekecewaan buat KDA FC.

Bagaimanapun, lima minit sebelum aksi berakhir, tuan akhirnya menoktahkan sisa perjuangan pelawat apabila memperoleh gol kedua menerusi A. Selvan. – KOSMO ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI